Tika embun pagi mula membentuk, aku rancak berdiskusi tentang isu sosial remaja alaf baru. Remaja berminda genius, hinggakan akal kita sendiri tak terjangkau dek apa yang mereka fikirkan. Aku bukanlah dalam lingkungan umur yang orang kata ‘bukan muda’, aku juga generasi alaf baru. Tapi kadangkala aku rasakan jiwa aku dan jiwa mereka xsama. Minda aku dan minda mereka xsetara.
Pantas soalan berbalas jawapan, mengupas punca, sebab, faktor, kenapa, mengapa masalah ini terjadi. Turut aku heret, teman yg katanya dlm tugas, sama-sama berbicara soal ini. Marahnya dengan perilaku tak bermoral manusia zaman ini, divisualisasikan dengan perumpamaan dan pepatah yang diciptanya sendiri : ) Rasa amarahnya terhadap perilaku manusia ini lagi hebat, dari rasa mengantuknya pada jam 2pagi itu barangkali. Dalam mencari konklusi kepada semua persoalan, segenap sudut cuba aku kaji.
Sudahnya yang tinggal, masih lagi soalan, salah siapa?
Tepuk dada, tanya selera.
Nak diselitkan foto anak bayi yang dibuang, aku sendiri sedih xmampu menatap
Jadi aku tampalkan gambar yang ceria, supaya hati aku gembira :)
Tak lupa, presenting 'Hujan' kerana mengambil tajuk lagu mereka
Tak lupa, presenting 'Hujan' kerana mengambil tajuk lagu mereka