November 1, 2010

We're Engaged :)

1. BESTIES

2. CINTAN CINTUN


3. TYING E KNOT

: )


June 17, 2010

Girl That Drive Us Crazy

I've read this from my friend's writing > " superb jam jalan arini.. rasa nak lempang minah yang bawa kereta kat depan tadi tu ".

Harsh isn't it ? Suka-suka memberi nama 'minah' kepada orang yang pasti namanya bukan 'minah' dan ada niat hendak menggunakan kekerasan terhadap orang lain :p

Sedang tekun memandu, kereta di depan tiba-tiba membelok tanpa signal atau pun kereta di depan dipandu sangat perlahan seperti sedang berlumba dengan kura-kura, bila pandangan dikalih kepada si pemandu 
> " patut la perempuan ".

Sangat tidak betul mentaliti seperti di atas, bukan gender yang menentukan hebatnya pemanduan seseorang.

Etika pemanduan aku, bad half year for this 2010. Suku tahun ini, gara-gara melelapkan mata sesaat dua, belum sempat untuk bermimpi indah, kereta yang dipandu telah melanggar penghadang di sebelah kanan jalan. Alhamdulillah, walaupun kereta kemek seribu, masih gagah menyusur PLUS menuju ke KL dengan bunyian-bunyian yang sungguh merdu. Clap-clap kepada si driver yang gagah :)

Second incident, belum sampai setengah tahun. Pagi itu aku bangun awal dengan harapan dapat sampai KL awal. Di LPT itu, masih melanggar penghadang jalan, cuma kali ini both side, penghadang kiri dan kanan. Kereta pun parking elok dalam longkang, termasuk si driver.

Selepas kejadian, for sure orang pertama yang mahu dihubungi adalah si ibu > " mummy, kita accident ". Then she replied >  " itu lah kamu bawak laju ". Yeyy kena marah :(

Me = kalau tidak pandu kereta laju, akan tidur semasa memandu. 
Sila lebih berhemah di jalan raya untuk baki setengah tahun lagi.


June 1, 2010

Apa Yang Kau Rasa ?

Pertama kali jejak kaki ke tempat baru ?
Rasa sangat asing.

Bila dapat ikut rentak lagu ?
Rasa agak selesa.

Berpindah lagi ke destinasi baru ?
Rasa hiba.

Doakan yang baik-baik untuk masa akan datang  : ) 

Teruja

Jemu malam itu, aku pantas menghadap televisyen. Alat kawalan jauh aku tekan mencari saluran yang barangkali menarik untuk ditonton, hinggalah aku terlihat lakonan pasangan aktor dan aktres ini. Trivia filem itu, walaupun ditayangkan setengah jam cuma, tetap meninggalkan kesan dalam sanubari  ; )

Yang pasti, aku adalah di kalangan orang yang akan serbu panggung untuk menonton filem yang mungkin akan jadi box office, siapa tahu.

April 14, 2010

Mencari Konklusi

Tika embun pagi mula membentuk, aku rancak berdiskusi tentang isu sosial remaja alaf baru. Remaja berminda genius, hinggakan akal kita sendiri tak terjangkau dek apa yang mereka fikirkan. Aku bukanlah dalam lingkungan umur yang orang kata ‘bukan muda’, aku juga generasi alaf baru. Tapi kadangkala aku rasakan jiwa aku dan jiwa mereka xsama. Minda aku dan minda mereka xsetara.

Pantas soalan berbalas jawapan, mengupas punca, sebab, faktor, kenapa, mengapa masalah ini terjadi. Turut aku heret, teman yg katanya dlm tugas, sama-sama berbicara soal ini. Marahnya dengan perilaku tak bermoral manusia zaman ini, divisualisasikan dengan perumpamaan dan pepatah yang diciptanya sendiri  : )  Rasa amarahnya terhadap perilaku manusia ini lagi hebat, dari rasa mengantuknya pada jam 2pagi itu barangkali. Dalam mencari konklusi kepada semua persoalan, segenap sudut cuba aku kaji.     
   
          Sudahnya yang tinggal, masih lagi soalan, salah siapa?


Tepuk dada, tanya selera.

 
Nak diselitkan foto anak bayi yang dibuang, aku sendiri sedih xmampu menatap

 
Jadi aku tampalkan gambar yang ceria, supaya hati aku gembira :)




Tak lupa, presenting 'Hujan' kerana mengambil tajuk lagu mereka



April 8, 2010

Rasa Cinta Yang Sama ?

Petang tu, lazimnya setelah pulang dari kerja, aku terus menuju ke kamar tidur di tingkat atas rumah. Lantas aku rebahkan diri atas katil. Sedar-sedar aku dikejutkan oleh kalimah azan Maghrib. Tertidur aku rupanya. Bingkas aku bangun, terpisat-pisat membersihkan tahi mata.


Tiba-tiba, aku rasa hiba, rindu .... pada ibu, pada adik, tak lupa kekasih hati, nun jauh ... jauh dari pandangan mata. Sedih memikirkan aku sendiri di tempat orang, terkapai-kapai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Aku rindu. Tertanya-tanya sendiri, mungkinkah orang di sini saja yang menanggung rindu, sedangkan yang dirindu tak rasa begitu. Bertambah kesedihan aku. Senja itu memang sendu.


Dengan langkah lesu, aku mengambil telefon bimbit di atas meja solek.


Yes ;D





5 missed call, 2 dari ibu, 3 dari Rid (bf aku)


Maksudnya ...




Aku tahu die orang pun RINDU